Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
•
Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana
individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang
ada pada dirinya.
•
Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan
keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar
kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
• Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian
dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah
kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
Masalah Pemilihan Kerjaya Remaja
Remaja
kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya
kerana mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada
mempunyai minat.
•
Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya,
minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak
setimpal dengan ciri-ciri dirinya.
• Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.
Strategi Pemilihan Kerjaya
1. Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu
mengenal potensi diri.
2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.
TEORI KERJAYA HOLLAND
1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
a.
CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang,
berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen,
inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati,
berulang-ulang, kurang celik akal. b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja
luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan
status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
e.
PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan,
mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai
perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto,
juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang
paip.
f.
BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan,
teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional,
pertanian dan penternakan.
g.
PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada
teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang
dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan
tradisional.
2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
a.
CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli,
rasional, pasif, pendiam, kritikal,tepat, pesemistik, berdikari,
berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak
popular.
b.
SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan
dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
c.
TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang
rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
e.
PEKERJAAN Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji
cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli
patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan,
penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
f.
BIDANG PENGAJIAN Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi,
sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia,
kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.
g.
PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik,
pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran
bernilai saintifik. Menggalakkan individu melihat dunia secara
kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.
3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)
CIRI-CIRI
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi,
introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian,
kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian,
ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
a.
SUKA Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti
kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis,
penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
b.
TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja
perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran,
manipulasi data.
c. ORIENTASI Berkarya, mencipta idea.
d.
PEKERJAAN Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen,
komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari,
pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek,
pelukis, wartawan.
e.
BIDANG PENGAJIAN Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan
dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan,
falsafah.
f.
PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan
situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai
seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak
konvensional dan fleksibel.
Teori Anne Roe
Teori
ini telah diperkenalkan oleh Anne Roe yang merupakan seorang yang
terlatih sebagai ahli psikologi klinikal. Beliau kemudiannya menceburi
bidang pembangunan kerjaya melalui penyelidikan yang dilakukannya
(Osipow, 1973). Teori Roe mengintergrasikan teori personaliti dengan
klasifikasi pekerjaan. Teori ini menumpukan kepada dua bahagian iaitu
personaliti dan klasifikasi pekerjaan bertujuan untuk melihat hubungan
semua bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan pengalaman
layanan ibu bapa semasa kanak-kanak. Menurut Roe (Zunker, 1986),
pengalaman awal kanak-kanak di rumah bersama ibu bapa merupakan asas
kepada pembentukan personaliti dan sikap individu terhadap pemilihan
termasuklah pemilihan kerjaya. Kanak-kanak menjadikan peranan dan
tingkah laku ibu bapa sebagai model peranan dan tauladan. Teori
pemilihan kerjaya Roe menyenaraikan tiga faktor yang mempengaruhi
pemilihan kerjaya individu. Faktor-faktor tersebut ialah latarbelakang
genetik, pengaruh tenaga psikik serta pengaruh genetik dan hieraki
keperluan individu (Sidek Mohd Noah, 2002).
Menurut
Roe (dlm. Sidek Mohd Noah, 2002, Osipow, 1973), faktor latar belakang
genetik mempengaruhi minat, kecerdasan, sikap dan personaliti individu
yang akhirnya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Selain
itu, ia turut mempengaruhi sifat fizikal individu seperti ketinggian,
kecantikan dan kecacatan individu. Individu yang rabun warna sudah
tentu tidak sesuai untuk menjadi ahli kimia.
Manakala
faktor pengaruh tenaga psikik pula merupakan perkembangan keupayaan
khas seseorang individu ditentukan oleh ke arah mana tenaga psikik
diperkembangkan di luar kawalan atau tanpa sedar. Arah perkembangan ini
pula terlebih dahulu ditentukan oleh bentuk kepuasan dan kekecewaan
yang dialami oleh individu pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat
kanak-kanak, keperluan yang paling asas ialah keperluan untuk rasa
dimiliki dan ini akan kekal sebagai elemen-elemen tidak disedari oleh
individu tersebut. Keperluan tidak sedar ini akan membentuk tenaga
psikik dan seterusnya akan mempengaruhi bidang kerjaya individu.
Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hieraraki keperluan
mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Antara keperluan utama yang
dikenal pasti oleh Maslow ialah keperluan fasiologikal, keselamatan,
kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Apabila
keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi terbentuk
dan keperluan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperluan yang
paling tinggi iaitu kesempurnaan kendiri. Keperluan yang kuat untuk
memenuhi sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang sangat kuat
yang akan menggerakkan individu.
Roe (Zunker, 1986) telah mengklasifikasikan kerja kepada dua kategori utama iaitu person oriented dan non-person oriented. Pekerjaan yang bersifat person oriented
adalah seperti perkhidmatan, hubungan perniagaan, pengurusan
(pengurusan dalam kerajaan, industri, perniagaan), budaya secara umum
(mengajar, menteri, wartawan), keseniaan dan persembahan. Manakala
pekerjaan yang bersifat non-person oriented pula ialah pekerjaan yang
berkaitan teknologi, kerja-kerja luar (pertanian, perhutanan,
perlombongan) dan sains. Pemilihan kerjaya tersebut mengikut Roe
ditentukan oleh tahap keupayaan individu dan laterbelakang
sosio-ekonomi. Kemuncak kepada hubungan antara anak dan ibubapanya
merupakan faktor pengerak utama keinginan minat dan sikap yang
kemudiannya mengrefleksikan pemilihan kerjaya seseorang.
Teori Tret Dan Faktor
Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Ia
dikenali dengan berbagai nama, tetapi yang popular ialah teori Tret dan
Faktor (Osipow, 1973). Teori ini cuba menerangkan proses pemilihan
kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori ini
percaya setiap individu yang wujud di dunia ini adalah berbeza dan
unik. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak
kemampuannya yang unik, tret-tret tertentu yang dapat diukur dengan
tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan
keperluan-keperluan asas dalam beberapa jenis pekerjaan. Teori ini
bersifat kognatif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses
pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu
dapat diperolehi. Teori ini berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat
dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan.
Parson (dlm. Sidek Mohd Noah) mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya
yang baik perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas
tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang
tepat tentang hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga
menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya
adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara
ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang
memuaskan akan terhasil.
No comments:
Post a Comment